Monday, 18 May 2015

FOREVER Arctic Sea

FOREVER Living adalah sebuah syarikat yang terkenal di dunia dengan produk-produk berasaskan aloe vera. Dengan pengalaman melebihi 30 tahun dan mempunyai ladang aloe vera terbesar di dunia, FOREVER Living juga telah menghasilkan satu produk yang boleh dipanggil "killer produk" untuk membantu menyelesaikan masalah kolestrol di mana kolestrol adalah musuh utama manusia yang mana jika tidak dijaga boleh membawa maut.

Hasil penyelidikan dari pakar-pakar nutrisi FOREVER Living maka terhasillah FOREVER Arctic Sea, gabungan antara minyak ikan (Omega 3) dan minyak zaitun (Omega 9). Artic Sea adalah produk yang dipatentkan, jadi tiada produk seumpamanya yang mempunyai gabungan minyak ikan dan minyak zaitun di pasaran selain Artic Sea keluaran FOREVER Living.


10 SEBAB UTAMA KENAPA PERLU AMBIL FOREVER ARCTIC SEA

Minyak ikan adalah bermanfaat untuk jantung, otak, mata, kulit, sendi dan tulang. Oleh itu FOREVER Artic Sea adalah salah satu daripada produk yang paling laris kerana ianya;

1. BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Mengandungi asid lemak EPA dan DHA (dari minyak ikan) dan asid oleik (minyak zaitun) yang boleh membantu untuk mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), justeru baik untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

2. BAIK UNTUK OTAK
Lemak membantu 60% dari tisu otak, antaranya 25% adalah DHA. DHA meningkatkan kecerdasan kanak-kanak, meningkatkan keupayaan ingatan, tumpuan dan pembelajaran. Ia juga dapat membantu dalam pencegahan kemerosotan ingatan dan penyakit Alzheimer.

3. MELINDUNGI PENGLIHATAN
DHA adalah penting untuk fungsi normal fotoreseptor retina kerana separuh dari lapisan lipid fotoreseptor adalah DHA. Ia meningkatkan penglihatan, mencegah degenerasi penglihatan dan melegakan keletihan mata.

4. BAIK UNTUK SENDI
EPA dan DHA mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan pelinciran, oleh itu melegakan sendi kaku dan bengkak, menguatkan tulang dan membantu dalam pertumbuhan tulang kanak-kanak.

5. NUTRISI PEMAKANAN HARIAN
Kebanyakan rakyat bandar kekurangan asid lemak perlu, yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Dengan mengambil Artic Sea, setiap gel lembut menyediakan kandungan EPA 225mg dan 150mg DHA, dengan nisbah 3:2 yang membantu dalam penyerapan.

6. MELAMBATKAN PENUAAN
EPA dan DHA merangsang metabolisme, mempercepatkan peredaran darah, melindungi sel kulit dan mengelakkan kerosakkan sinaran ultra-ungu, oleh itu mencapai kesan anti penuaan.

7. MELEMBABKAN KULIT
Kulit yang kering bermakna kekurangan asid lemak. Minyak ikan bukan sahaja melembapkan tetapi juga mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang mengurangkan kegatalan dan masalah kulit mengelupas dan sebagainya.

8. BAIK UNTUK KESIHATAN EMOSI
Pengambilan DHA dan EPA dikaitkan dengan menyokong kesihatan emosi dan emosi yang lebih baik.

9. MENGGALAKKAN KESIHATAN PADA TAHAP SEL
Asid Lemak Omega 3 adalah sebahagian dari membran sel di seluruh badan, termasuk otak, kulit, mata, jantung, saluran darah, paru-paru dan juga sendi.

10. KUALITI YANG BAIK
Diekstrak dari ikan laut dalam yang tidak tercemar, Artic Sea adalah selamat dan boleh dipercayai. Vitamin E ditambah untuk mengelakkan pengoksidaan asid lemak. Botol legap digunakan untuk mencegah asid lemak dari rosak akibat cahaya matahari. Artic Sea tidak mengandungi logam berat atau bahan kimia organik yang mudah meruap. Kesemua produk hanya dikeluarkan oleh kilang FOREVER Living di USA bagi menjamin bahan sumber yang berkualiti dan memberikan keyakinan kepada para pengguna.


Antara satu keistimewaan Arctic Sea berbanding minyak ikan lain di pasaran dan kenapa ramai orang memilih Artic Sea adalah kerana ia berkuasa untuk memecahkan kolestrol di dalam salur darah lebih cepat berbanding produk lain dan ianya selamat kerana tiada kandungan merkuri. Kolestrol memang sudah diketahui umum sebagai salah satu punca penyakit jantung yakni pembunuh nombor satu di Malaysia.

Harga Pasaran : RM 118.72 (termasuk 6% GST)
Kandungan     : 60 gel lembut

HUBUNGI SAYA untuk mendapatkan 15% ~ 30% diskaun.

Lihat Video Demo Arctic Sea untuk perbandingan dengan produk minyak ikan lain...

Sunday, 17 May 2015

FOREVER Aloe Vera Gel

Bayangkan menghiris buka daun aloe vera dan memakan gel terus dari daunnya. Itulah FOREVER ALOE VERA GEL. FOREVER ALOE VERA GEL adalah seperti gel sebenar yang anda boleh dapatkan dan yang pertama menerima sijil pengesahan dari MAJLIS SAINS ALOE ANTARABANGSA (IASC).

FOREVER ALOE VERA GEL ditanam, dituai, diproses dan dibungkus oleh syarikat bernama FOREVER LIVING PRODUCT yang mempunyai ladang sendiri yang TERBESAR DI DUNIA dan segala proses dilakukan sendiri bagi memastikan kualiti yang tinggi. Ini menjadikan produk FOREVER ALOE VERA GEL sebagai satu-satunya aloe vera yang PALING TULEN DI DUNIA tanpa pempasteuran, tanpa pengeringan beku dan tanpa pemanasan. Produk ini adalah dipatentkan, jadi tiada produk lain seumpamanya.



KEAJAIBAN FOREVER ALOE VERA GEL

Fakta Saintifik:

Kajian para saintis dari USA, Taiwan dan Jepun serta pakar-pakar Perubatan Dunia telah merumuskan bahawa Gel Aloe Vera (daun lidah buaya) dari spesis Barbadensis Miller mengandungi lebih 200 jenis nutrien (Vitamin & Mineral termasuk 20 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Pakar Sains dan Nutrisi Mexico, Enrique Garza, melalui kajiannya mendapati Aloe Vera mampu mencegah dan merawat lebih dari 220 jenis penyakit termasuk kanser, ketumbuhan, kencing manis, kolestrol, darah tinggi, ulser, gastrik, asthma, resdung, masalah tulang, sendi, saraf, masalah prostat, buasir dan penyakit kulit yang kronik.

Aloe Vera juga sangat berkesan untuk semua jenis penyakit kulit, penahan rasa sakit, antiradang, antibiotik, detoksifikasi, melawan kegatalan, penyembuh luka dan sangat berguna untuk rawatan kecantikan.


10 SEBAB UTAMA UNTUK MEMINUM GEL ALOE VERA FOREVER

1. MEMBINA BADAN
Ia mengandungi 20 jenis asid amino termasuk 7 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.

2. SIFAT PEMULIHAN
Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar-calar, luka-luka kecil, luka terbakar dan lain-lain.

3. KESIHATAN DAN KEBERSIHAN GIGI
Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah lebih berkesan daripada dua jenama ubat gigi yang utama. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Gel Aloe Vera berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.

4. MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN DAN PEMBAIKPULIHAN
Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas, iaitu sel yang membantu pembentukan kolagen dan ia juga menolong melegakan kelecuran, luka-luka dan calar-calar kecil serta kegatalan kulit.

5. PEMBAIKPULIHAN ELASTIN DAN KOLAGEN
Ia dapat menokok bekalan bahan-bahan binaan untuk menghasil dan mengekalkan kulit yang sihat.

6. MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT DAN MENINGKATKAN TAHAP TENAGA
Secara semula jadi menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita, dengan demikian meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

7. MENYOKONG DAN MENGGALALAKKAN FUNGSI SISTEM KETAHANAN BADAN
Kandungan unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.

8. SISTEM PENGHADAMAN YANG SIHAT
Secara semulajadinya, Gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.

9. MEMBEKALKAN MINERAL SURIH
Ia mengandungi 20 mineral semulajadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.

10. MEMBEKALKAN VITAMIN SEMULAJADI
Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6, B2, B1, C, E dan A.


Telah terbukti bahawa Aloe Vera adalah satu tumbuhan yang sangat ajaib dan khasiatnya sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Kesihatan kita bermula dengan usus kerana ia bergantung kepada apa yang kita makan. Usus yang kotor akan melemahkan fungsinya.

Pernah tengok usus lembu, kotor dan hitam kan. Lembu hanya makan rumput, bayangkan kita yang makan bermacam-macam jenis makanan. Kita makan dan hidup 20, 30, 40 tahun, macam mana keadaan usus kita?

Di samping membantu dalam proses penyembuhan dan membekalkan banyak nutrien penting yang diperlukan oleh badan, aloe vera sangat berkuasa sebagai agen untuk mencuci mendapan dan kerak dia dalam usus. Forever Aloe Vera Gel mampu mencuci kotoran yang sudah bertahun-tahun di dalam usus kita sekaligus melindungi usus. Usus yang bersih akan berfungsi dengan lebih baik dalam menyerap nutrien-nutrien dari makanan ataupun khasiat dari ubat yang kita makan. Badan kita juga akan lebih sihat dan bertenaga sekaligus melindungi diri dari pelbagai penyakit lain. Di samping itu ia juga sangat baik untuk yang ingin menurunkan berat badan.



Secara ringkasnya, FOREVER Aloe Vera Gel sangat berkesan dalam membantu;

- melancarkan sistem penghadaman
- merawat dan mengurangkan kesan strok (diambil bersama FOREVER Artic Sea)
- mengurangkan kolestrol dalam darah (diambil bersama FOREVER Artic Sea)
- menurunkan berat badan
- menghentikan pertumbuhan tumor (diambil bersama Pomesteen Power)
- memperbaiki sel darah
- mengawal dan merawat gout
- menghalang penyakit 'kidney stone'
- memudahkan penyingkiran kafein daripada kopi dan teh
- menghalang penyakit ulser
- memberi keseimbangan asid/alkali dalam badan
- mengurangkan tekanan darah tinggi. Bukan sekadar merawat kesan-kesan sekaligus merawat punca darah tinggi
- menambahkan mineral, vitamin, enzim dan nutrien yang diperlukan dalam badan
- menghentikan kanser usus
- menghilangkan buasir
- sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan yang lebih baik
- meneutralkan kadar gula dalam badan
- memelihara buah pinggang
- menguatkan sistem ketahanan (imunisasi) badan
- mengawal gastrik
- memperbaiki sel kulit rosak sekaligus menghasilkan kulit/wajah yang lebih cantik
- mengurangkan kebas-kebas badan atau anggota lain
- meredakan kesakitan dan penawar yang berkhasiat


FOREVER Living telah mengeluarkan 4 jenis variasi minuman Gel Aloe Vera;

FOREVER Aloe Vera Gel
Daun Aloe yang ajaib didapati mengandungi lebih daripada 200 sebatian. Satu produk hasil dari proses penstabilan yang berpaten, gel ini digemari oleh mereka yang inginkan sistem tubuh badan yang sihat dan tahap tenaga yang semulajadi.

Kuantiti : 1 liter






FOREVER Aloe Berry Nectar
Aloe Berry Nectar boleh diminum selepas makan atau sebaliknya. Rasa lazat yang semulajadi, disediakan dari campuran buah kranberi yang segar dan epal yang manis. Rasanya yang manis cukup untuk menggembirakan golongan dewasa dan kanak-kanak.

Kuantiti : 1 liter




FOREVER Aloe Bits N' Peach
Aloe Bits N' Peach menyediakan satu lagi rasa lazat dengan Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% dan rasa pic semulajadi dan kepekatan buah pic. Rasa sensasi seperti tiada lain, ia mengandungi ketulan Aloe Vera tulen, bermandikan buah pic yang masak. Sangat digemari oleh kanak-kanak.

Kuantiti : 1 liter




FOREVER Freedom
Mengandungi saranan amaun Glukosamin Sulfat (1500mg), Kondroitin Sulfat (1200mg) dengan 750 mg MSM dalam hidangan 120 ml. Apabila digabungkan, Glukosamin Sulfat, Kondrotin Sulfat dam SMS menggalakkan fungsi sendi yang sihat.

Kuantiti : 1 liter

* Mengandungi kerang-kerangan: udang, ketam, udang karang.
* Didapati di Singapura sahaja



Harga Pasaran : RM 95.40

HUBUNGI SAYA untuk mendapatkan diskaun 15% ~ 30%.